Wednesday 18 May 2016

About Matriculation

Assalamualaikum w.b.t.


Apa habaq uolls? Iolls alhamdulillah sihat. Cuma little bit busy, biasalah life student kan. Final pon dah nak dekat.:) Lama betul cek x update blog ni haa. So, entri kali ni iolls nak cerita tentang Matrikulasi (berdasarkan pengalaman iolls laa).This entry especially to SPM LEAVERS. :)


M.A.T.R.I.K.U.L.A.S.I


Mesti dalam kepala hampa semua, banyak persoalan  yang belum terungkai. So,mai baca entri ni,cek nak habaq mai.:D


Antara persoalan yang sering diutarakan :


~ Apa itu matrikulasi?
~ Ada program apa di matrikulasi?
~ Eh, matrikulasi satu tahun jaa kan?
~ Cara belajar di matrikulasi macam mana?
~ Susah sangat ke matrikulasi ni?
~ Dapat elaun tak?
~ Lecturer macam mana?
~ Subjek apa yg belajar di matrikulasi? etc.


# kalau nak list semua persoalan memang banyak laa.



1) APA ITU MATRIKULASI 



Matrikulasi ni adalah salah satu institusi pengajian dimana bawah Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Actually, matrikulasi berada di seluruh Malaysia :D. Antaranya :



    1) Kolej Matrikulasi Perlis (KMP)
    2) Kolej Matrikulasi Kedah (KMK)
    3) Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
    4) Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)
    5) Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
    6) Kolej Matrikulasi Kelantan
    7) Kolej Matrikulasi Melaka 
    8) Kolej Matrikulasi Pahang
    9) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
   10) Kolej Matrikulasi Johor
   11) Kolej Matrikulasi Sabah etc.



Haa ada banyakkan kolej matrikulasi bawah KPM. Tapi, ada jugak kolej matrikulasi bawah MARA. Antaranya :


  
    1) Kolej Mara Kuala Nerang
    2) Kolej Mara Kulim etc.



Matrikulasi juga menawarkan dua program iaitu PROGRAM SATU TAHUN (PST) dan PROGRAM DUA TAHUN (PDT). Untuk kolej matrikulasi under mara hanya menawarkan program satu tahun manakala kolej matrikulasi under KPM menawarkan kedua-dua program.Iolls harap uolls jelas laa penjelasan yang diberikan diatas tadi,



    PROGRAM SATU TAHUN (PST) ~ 2 semester
    PROGRAM DUA  TAHUN (PDT) ~ 4 semester



Sesiapa yang dapat tawaran matrikulasi Program Dua Tahun (PDT), sebenarnya ADD MATH masa     SPM dulu gred D. Sebab tu dapat PDT. Tak kisahlah masa SPM dulu dapat staright A's tapi ADD MATH gred D tetap PDT. 


Matrikulasi juga menawarkan dua program iaitu PROGRAM SAINS dan PROGRAM AKAUN. Bagi PROGRAM SAINS mempunyai tiga modul, iaitu :



    a) MODUL 1 ( FIZIK, BIOLOGI, KIMIA)
    b) MODUL 2 ( FIZIK, SAINS KOMPUTER, KIMIA)
    c) MODUL 3 ( BIOLOGI, SAINS KOMPUTER, KIMIA) 



Wajib ambil subjek Dinamika,Bahasa Inggeris,Pendidikan Islam.




2) DAPAT ELAUN TAK 



Part ni mesti uolls suka kan. Zaman iolls dulu dapat elaun. Sebulan kalau tak salah RM250. Elaun akan dapat setiap bulan sepanjang pengajian kita di matrikulasi. Banyak jugaklah elaun yang dapat tu even sebenarnya tak cukup sangat pon. hahaha. Nak outing lagi, beli buku lagi, wayang lagi, dating lagi, shopping lg. Betul tak? hahaha. So gunalah elaun tu sebaiknya.Acewahh (>_<) Elaun akan masuk melalui akaun bank uolls iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN). Ok settle part  elaun.



3) PERGERAKAN KELUAR MASUK SEMASA BERADA DI MATRIKULASI 



Matrikulasi ni macam asrama lah lebih kurang. Kalau nak outing, hari JUMAAT,SABTU dan AHAD pada masa yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran (HEP) matrikulasi masing-masing. Tertakluk pada terma dan syarat. Cara pemakaian pon diambil kira. Contohnya, outing kena pakai baju kurung, tak boleh pakai jeans melainkan slack or tracksuits.hahaha. Outing selang minggu lelaki dan perempuan pon ada dan macam-macam lagi laa. Semua depends on peraturan matrikulasi masing-masing. Masa nak outing, kad matrik jangan lupa bawa sebab nak kena punch dekat pondok guard sebelum keluar. Kalau kena pentadbiran matrik yang strict sikit uolls redha jelaa.hehe. Lagi satu Pak Guard dan Mak Guard pon main peranan penting jugak.Hahaha. Kalau rapat dan kamching dengan depa senang laa kerja. Kalau dapat yang jenis kerek tu, nasib laa *fahamkan maksud iolls.hehe*. Macam iolls KOLEJ MATRIKULASI  PULAU PINANG okay. Tak strict sangat pon.:D  Haa lagi satu, parents boleh jaa nak mai melawat anak depa kat matrik, tapi weekends jelaa. hehehe. Sapa yang homesick tu selalu laa balik rumah time weekends. *untung laa sapa rumah  dekat (=_=)*  Lagi satu, kalau nak suruh parents hantar barang penting time weekdays boleh jaa,tapi smapai pondok guard jelaa.Okay, setakat itu dulu untuk part ini. For me, KMPP IS THE BEST MATRICULATION  EVER. :D *ofcoz laa nak puji matrik sendiri  kan.*




4) PERTUKARAN MODUL DAN MATRIKULASI



BOLEH untuk bertukar modul ke modul yang lain.Contohnya, dari modul 1 ke modul 2. Kena buat surat dan hantar kepada lecturer yang in charge benda tu. Kena bagi alasan yang kukuh laa. Proses ini memakan masa selama seminggu dan surat uolls untuk pertukaran modul dibuat semasa minggu orientasi. Tapi untuk PDT tukar PST,tak boleh tukar dan PST nak tukar ke PDT,boleh. Nanti masa minggu orientasi, ada kakak2 dan abang2 fasi yang akan terangkan dengan lebih lanjut tentang pertukaran modul. Kalo depa tak terang, hampa pi tanya laa fasi2 tu. Jangan dok senyap plak. :D Mungkin depa terlupa nak habaq. hahaha. Okay, yang pasal tukar matrik tu iolls taktau sangat. Tapi kalau nak tukar hantar surat dekat kementerian (KPM) kottt.. Takpon call jaa. Kalau ada cable, lagi mudah kerja. hehe. Done, for this part.




5) LECTURERS dan KAUNSELOR



Jangan risau. Semua pensyarah dan kaunselor matrikulasi baik-baik belaka. Sedia membantu pelajar-pelajarnya. Penyanyang, baik hati, prihatin, ambil berat dan lain-lain. Kalau hampa nak tanya ada tak pesyarah yang strict dan garang. Jawapan iolls mana2 matrik pon ada lecturer macam ni. Padahal pensyarah macamni baik jaa, saja garang sebab nak didik anak muridnya. Kalau kenal personally pensyarah yang garang ni, actually dia baik. Tak caya cuba buat tengok.hehehe. Kaunselor sedia membantu pelajar yang bermasalah. Kalau hampa keliru perlukah uolls sambung lagi pengajian di matrik, sedagkan hampa tak mampu bawa. Uolls pi laa jumpa kaunselor matrik. Kaunselor matrik ada jawapannya untuk anda dan sedia membantu setiap kekeliruan masa depan anda. :D 

 *Pesanan iolls kat uolls rapatlah dengan pensyarah2 anda.Hormati dan sayangilah mereka sebagaiamana kita menyayangi parents kita. Sebab mereka umpama parents kita di matriks :) *




6)  BARANG KEPERLUAN DAN ELEKTRIK



Bantal kena bawa. Sebab matrik iolls dulu tak sediakan bantal. Iolls rasa semua matrik tak sediakan bantal. Kalau salah information maaf deh. Barang2 peribadi pandai2 lahh uolls bawa. Part barang elektrik, dulu iolls bawa jaa seterika, even dia kata ada bilik seterika tapi tak berfungi pon berkunci lagi ada laa. hahaha. So, bawalah iron. Heater iolls bawa jaa. hehe. Ada jaa orang bawa periuk nasi dll. Actually, tak boleh bawa. Kalo kena spotcheck pandai2 lahh sembunyi atau sesi soal  jawab dengan felo nanti. Hehehe. Nak selamat lebih baik tak bawa. Iron bawa laa. Ada jaa water cooler kat setiap blok kediaman. Printer tak payah bawa, bukan pakai sangat pon. Next, for those yang tak beli lagi laptop, iolls rasa uolls tak payah beli lagi pon xpaa sebab tak guna pon. Kalo nak guna komputer, library dan koperasi menyediakan perkhidmatan tu. Laptop nak bawa takpaa takmau  bawa pon takpa. Kalo bawa, boleh uolls tengok movie korea dll kan. Betul tak? hahaha. Iolls prefer bawa laa laptop, pengubat duka lara, homesick dan stress. 

* BAGI MUSLIM BAWA LAA AL-QURAN dan SEJADAH. JANGAN TINGGAL AL-QURAN TU. BILA BAWA,SILALAH BACA AL-QURAN TU :) *




7) CAFE, KOOP & GYMNASIUM



Ada cafe. Banyakkkkk. Makanan pon sedap. Harga pon berpatutan. Koperasi pon ada jual macam macam. Antaranya, makanan ringan, toileteries, alat tulis, topup dll. Selain itu jugak, masa kt KMPP dulu koperasi juga menawarkan perkhidmatan tiket bas nak balik kampung dan pos laju. So jangan risaulah pasal tiket bas. Koperasi juga menyediakan perkhidmatan printing dan fotostat. So jangan risau jugak. hehe. Gymnasium pon ada. Siapa yang nak fit badan tu jangan  risaulah. Konklusinya, semua benda ada. :) 



8) BELAJAR DI MATRIKULASI SUSAH KE



Meh iolls nak tanya, belajar mana yang tak susah? Cer habaq mai. Belajar semua susah. Janji kena kuat semangat untuk belajar.Ramai orang kata, jangan masuk matrik. Belajar kat matrik ni susah, kalo tak lepas pointer kena  tendang dan blaa blaa blaaa. Masuklah tingkatan 6, diploma,spa dll. Masing2 ada kelebihan  dan kelemahan tersendiri.  Masing2 ada pendapat dan pemikiran yang tersendiri. So, kita yang nak sambung belajar ni cuba buat keputusan yang terbaik. Jangan ikut cakap orang. Yang nak belajar kita, bukan orang lain. :) Kalau dapat tawaran matrikulasi tu, cuba buat yang terbaik. Bukan senang  nak masuk matrik. Insan terpilih jaa boleh masuk. :) So, try your best.Tanya pendapat parents tentang nak sambung belajar ni.Ingat redha parents tu penting. :)



9) POINTER



Belajar di matrikulasi ni pointer kena maintain. Tak kisahlah belajar kat mana pon pointer kena maintain. Kalau matrikulasi kalau boleh jangan bawah < 2.00 laa. Bagi PST kalau tak salah, kalau pointer bawah 2.00 kena turun PDT. So, belajar lah dengan bersungguh-sungguh. :)



10) PERBEZAAN PEMBELAJARAN ANTARA PST DAN PDT



PST ni belajar rushing sikit, sebabnya nak kejar banyak silibus dalam masa yang singkat. PDT ni belajar rileks laa jugak tapi still padat. Seterusnya, PST ni pembelajaran dia basic xdalam sangat tp PDT pembelajaran dia belajar lebih mendalam sikit. Sikit jelaa. Ada silibus PDT yang PST  tak belajar. Begitu jugak sebaliknya. Yang tu jaa kot perbazaannya.




11) TAK YAKIN NAK BELAJAR DI MATRIKULASI



Mai sini cek nak habaq mai. Ramai orang cakap matrik ni budak pandai jaa yang boleh survive. Matrik ni banyak budak straight A's masa SPM. Matrik ni budak yang BIOLOGI,FIZIK dan CHEMISTRY dapat A+++ masa SPM dulu. Come on, guys. Tayah dengar cakap orang.Berdasarkan pengalaman iolls, ada jaa masa SPM, FIZIK, BILOGI, KIMIA dapat gred C+, atau D. Tapi bila masuk matrik dia dapat A solid. Dan ada budak yang dapat staraight A's masa SPM dulu, tapi tak boleh nak kekalkan gred A masa kat matrik. So, kat sini cek nak tekankan usaha tangga kejayaan. Tak semestinya yang dapat straight A's masa SPM mampu kekalkan gred A masa kat matrik. Konklusinya, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. :)



12) MUET


     
Setiap student matrikulasi kena ambil MUET sebelum tamat pengajian. Bayaran RM100. MUET akan dibimbing oleh pensyarah BI masing-masing. Exam MUET bagi pelajar matrik pada sesi bulan 11 kalau tak salah. Tak ingat la plak.






Last part, iolls nak cerita pengalaman iolls semasa di matrikulasi. Kalau uolls tak mau baca pon takpa. Tak kisah, tak paksa pon. ;P


* I'll be more details on PRGOGRAM DUA TAHUN (PDT)*.



Pertama sekali iolls dapat tawaran KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG sesi 2013/2015. Iolls ditawarkan PROGRAM DUA TAHUN (PDT) ~ 4 semester ~ So, subjek yang iolls belajar matrikulasi tak lari banyak pon dengan SPM dulu. Cuma matrikulasi dalam sikit belajar. Kira basic jugak laa. Bagi iolls, agak mencabar sikit belajar dalam program dua tahun. Sebabnya, nak kena maintain bagi keempat-empat sem bukan mudah. :D Tapi In Shaa Allah kalau niat ikhlas dalam menuntut ilmu, Allah tolong.:) Belajar dekat matrik ni mudah sebenarnya kalau tahu cara dan teknik. Iolls ni bukan student pandai pon. Biasa2 jaa.huhu. Tapi iolls nak share jugak laa untuk tatapan uolls. Sharing is caring, right? hahaha.:) Apa yg iolls nampak cara dan teknik belajar di matrik  adalah :



1) Cuba fokus dalam kuliah
2) Tak faham tanya masa dalam kelas tutorial
3) Kalau tak faham lagi pergi jumpa lecturer personally di pejabatnya. In Shaa Allah, pensyarah sedia membantu. :) 
4) Jangan malas buat tutorial even sesibuk dan seletih mana pon kita time tu.
5) Dengar arahan lecturer. Kalau dia suruh buat,kita kena buatlah :)
6) Buat past year questions
7) Kuiz buat betul2
8) Jangan ponteng kelas



*Bagi iolls tak salah nak tiru tutorial kawan. Tapi dengan syarat tiru tu biar faham*



In Shaa Allah, uolls boleh berjaya dan tamat pengajian di matrikulasi dengan pointer 3 ke atas, jika uolls follow jaa apa yang lecturer suruh. 4 flat pon tak mustahil dengan izin Allah. Tapi dengan syarat kena berusaha. :) Bagi iolls, lecturers kat matrikulasi sangat bertanggungjawab,baik, penyayang, prihatin,tekun,sporting dll especially to lecturers PDT KMPP. :D


Seterusnya, ukhwah yang terjalin antara classmates sangat rapat tiada galang gantinya. Kawan dekat matrik semua friendly,tolong menolong,happy go lucky dll (ni pendapat iolls.jgn bash plak). hehehe. Banyak laa kenangan pahit manis semasa bergelar student PDT selama 4 semester ni. Tapi banyak manis berbanding pahit.:)


Akhir sekali, benda paling penting yang iolls nak pesan "JANGAN LUPA ALLAH" bagi muslim yang beragama Islam. Kalau nak berjaya :



~ Jaga solat 5 waktu.
~ Rajin buat solat sunat
~ Rajin baca quran
~ Sentiasa mendoakan kesejahteraan parents kita 
~ Sentiasa menghormati pensyarah-pensyarah samada yang mengajar mahupun tidak
~ Jaga batas pergaulan
~ Belajar dengan bersungguh2
~ Betulkan niat



In Shaa Allah, tamat pengajian di matrikulasi dengan jayanya dan banyak kenangan yang tercipta. :)
Bagi iolls,sesiapa dapat matrikulasi PDT, jangan malu. Rezeki masing-masingkan. Yang penting niat kita kena betul. Banyak lagi orang dekat luar sana nak sambung belajar, nak masuk matrik tapi tak dapat. Hanya insan terpilih dapat masuk matrik. So grab your chance. Nanti, uolls akan merindui zaman matrikulasi. Sangatttt, sangattt rindu. ;)










PINTU GERBANG KMPP 


                                 



DEPAN PENTADBIRAN a.k.a PENTAD  :)



MUSIM BUNGA SAKURA DI KMPP. :D Cantikkan. 

Selalunya musim bunga berlaku selang setahun.

BEDAH TIKUS. LAB BIOLOGY.

EX-DHP3 BERSAMA CLASSMATES. :)





Okay, setakat ini dulu coretan iolls buat kali ini. Sharing moments based on my experience. Maaf kalau ada salah silap sepanjang entri ini ditulis. :) Sesiapa yang dah terima tawaran matrikulasi, enjoy your matriculation life.:)



Bye,see you on next post.:)






Friday 5 February 2016

Husna's Kitchen

Assalamualaikum w.b.t.

So, entry kali ini tentang "apabila Husna di dapur" . hehe. Mesti uolls dah tahu kan,kalau dok kat dapur mesti laa nak masak kan takkan nak lipat baju pulak. Haha. *ok,xlawak pon*

So, iolls pon nak straight to the point laa. Ok, dalam entri kali ini Una akan kongsi
"RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE". :) Uolls tahu tak bihun singapore tu macam mana bentuknya.. Meh Una nak tolong describe bagi.

Bihun Singapore ~ warna putih berserta lada hitam , makan dengan sambal kicap.Ermm yummy :D

RESEPI BIHUN SINGAPORE 


Bahan-bahan


1) 3 biji bawang merah
2) 4 ulas bawang putih
3) 3 sudu besar udang kering (taknak letak pon xpa.iolls tak letak pon)

           * bahan no 1-3 tu kita kisar *

4) Bihun (1 bungkus) *rendam*
5) Fish ball , fish cake *hiris*
6) Udang / sotong / ayam / daging *depends pada selera memasing*
7) Telur (3 biji) *buat telur hancur*

8) Sawi / kobis / lobak merah a.k.a carrot (bersihkan dan potong) 
    *sayur tu nak letak semua pon xkisah, depends pada selera individu*
9) Garam dan gula (secukup rasa)

10) Lada hitam ditumbuk (2 sudu)
11) Minyak masak






~ Bihun yang dah siap direndam dan ditoskan ~
~ Kobis dan lobak merah yang siap dipotong~



Cara-Cara


1) Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar tadi.
2) Masukkan sedikit air dan masukkan no 5 dan 6, kemudian masukkan bihun dan gaul sehingga sebati bersama bahan tumisan.
3) Kemudian masukkan sayuran,lada hitam dan telur hancur gaul sehingga sebati. 
4) Seterusnya, jangan dilupakan tambah garam dan gula secukup rasa dalam masakan dan gaul sehingga sebati.


* masak hingga bihun kering sedikit dan tutup api *



# Sambal kicap ~ Ketuk / tumbuk 2 ulas bawang putih
                         ~ Potong cili api (berapa biji ikut suka suki)
                         ~ Letak dalam mangkuk n tuang kicap manis "Cap Kipas Udang"
                         ~ Siap. :)




OKAY,DONE ! :) 



Bye,see you on next post :)


Wednesday 3 February 2016

Here's To New Beginnings

Assalamualaikum w.b.t.

Firstly, I will introduce myself. Nama diberi " HUSNA SYAKIRAH " (HSMIS) dan berasal dari Perlis. Masih belajar (full time student).Umur dirahsiakan dan pandai2 lah cari sendiri.:) So, sebelum terlupa,uolls boleh panggil cek 'Husna' or 'Una'  or ikut suka suki laa nak panggil apa pon.

Blog ni wujud untuk suka suki aku ja.Haha. Kalo aku rasa ada benda aku nak share aku akan tulis dalam blog ini.Tapi tak akan selalu pon aku hupdate blog ni.Sebab aku pon ada life jugak..hahaha.

So, aku minta maaf siap-siap kalo ada terkasar bahasa dan tersilap bicara sepanjang blog ni dicoret.Yalaa,orang utagha ni kasaq sikit tapi depa xbermaksudkan apa-apa pon. Tapi, aku tak harap pon orang mai singgah baca blog aku. hehehe.Sbb blog ni pon wujud suka suki je kan. :D So, any suggestions,questions or others uolls can email me wokeyh. Salam perkenalan dari iolls tu uolls. :)




Bye,see you on next post. :)


 *husnasyakirah09@yahoo.com*